Tuesday, 13 December 2011

Mata

                Salam sejahtera saya ucapkan kepada kalian yang sudi singgah di blog saya yang pertama....Di sini saya menunjukkan cara melukis  mata kepada sesiapa yang baru sahaja cuba untuk berjinak-jinak dengan dunia manga/anime ni....Saya mengaku bahawa saya ni tidaklah sehebat profesional di luar sana...Saya harap seluruh atau sebahagian daripada post ini dapat membantu sedikit sebanyak tentang cara melukis mata cara manga. Saya akan cuba menggunakan Bahasa Melayu Tinggi (BMT) agar tiada kekeliruan yang akan berlaku...

                Ok, sebelum saya mulakan dengan lebih terperinci, saya akan tunjuk 'overall' post ini :



                  Seperti dalam gambar di atas, saya telah lukiskan bentuk asas pada setiap mata di sebelahnya.Ini adalah bentuk mata yang sering dilihat di dalam kebanyakan manga masa kini.Sebenarnya banyak lagi bentuk mata manga tetapi apa kata kita belajar bentuk mata yang asas dulu sebelum kita berkalih ke gaya mata yang lebih rumit.Sebelum saya terlupa, dalam post ini saya akan tunjukkan cara melukis mata dari arah depan ataupun 'front view'. Untuk melukis mata dari tepi, Insyaallah saya akan tunjukkan kemudian. d^__^b.

                   Mata bentuk bulat :



                     Mata berbentuk bulat ini biasanya digunakan untuk melukis karakter perempuan ataupun kanak-kanak lelaki dan perempuan. Tetapi bagi seorang profesional mata ini boleh digunakan untuk sesiapa sahaja asalkan pandai mengubahsuai gayanya agar bertepatan dengan karakter tersebut. Dengan menggunakan mata seperti ini  biasanya karakter yang dilukis akan menjadi comel..sebab itu ia lebih sesuai digunakan untuk perempuan dan kanak-kanak...

                      Mata Bentuk Segi Tiga :

                        Mata bentuk segi tiga ini sesuai dengan karakter dewasa dan remaja  lelaki. Dengan mata ini individu tersebut kelihatan ganas..Mata ini sangat sesuai apabila anda ingin mereka karakter yang tidak mempunyai perasaan.Contohnya,pembunuh upahan,algojo atau sesiapa saja yang anda rasa perlu... Kadangkala mata berbentuk segi tiga ini tidak semestinya melambangkan karakter yangg serius dan tidak berperasaan, malah ia boleh digunakan agar bersesuaian dengan bentuk tekstur muka watak...d^__^b.

                        Muka bentuk 'muffin'.. :





                           Mata bentuk muffin ini sesuai dengan semua karakter tidak kira jantina ataupun usia..
Boleh dikatakan ini adalah mata 'universal'.Kebanyakan mangaka yang menggunakan mata ini antaranya adalah Masashi Kishimoto. Cuba lihat mata Naruto dan Sakura  ketika masih muda...Tapi bentuk mata ini
mungkin berubah mengikut situasi...contohnya ketika Naruto sedang marah, tak mungkin bentuknya kekal sama..Ooopsss!! Sebeluam terlupa, anak mata di atas tidak sama dengan anak mata Naruto... Anak mata di atas sesuai digunakan untuk watak wanita,terutamanya yang comel-comel....Anak mata juga perlu diberi perhatian ketika melukis untuk menyesuaikannya dengan jantina karakter tersebut. Insyaallah, saya akan buat pula tutorial bagaimana untuk melukis mata dari tepi, anak mata, kening,bentuk mata yang kompleks,bentuk mata ketika perasaan tertentu dan bentuk mata ketika berada di posisi yang tertentu..OK!!???










     

1 comment:

  1. xkan nie jer..?ajar la camner nk lukis muke skali..XD..bab mate nie hafiz dh ajar..tpi kalo nk lukis muke aku mmg failed..

    ReplyDelete