Ok, sebelum saya mulakan dengan lebih terperinci, saya akan tunjuk 'overall' post ini :
Mata bentuk bulat :
Mata berbentuk bulat ini biasanya digunakan untuk melukis karakter perempuan ataupun kanak-kanak lelaki dan perempuan. Tetapi bagi seorang profesional mata ini boleh digunakan untuk sesiapa sahaja asalkan pandai mengubahsuai gayanya agar bertepatan dengan karakter tersebut. Dengan menggunakan mata seperti ini biasanya karakter yang dilukis akan menjadi comel..sebab itu ia lebih sesuai digunakan untuk perempuan dan kanak-kanak...
Mata Bentuk Segi Tiga :
Mata Bentuk Segi Tiga :
Mata bentuk segi tiga ini sesuai dengan karakter dewasa dan remaja lelaki. Dengan mata ini individu tersebut kelihatan ganas..Mata ini sangat sesuai apabila anda ingin mereka karakter yang tidak mempunyai perasaan.Contohnya,pembunuh upahan,algojo atau sesiapa saja yang anda rasa perlu... Kadangkala mata berbentuk segi tiga ini tidak semestinya melambangkan karakter yangg serius dan tidak berperasaan, malah ia boleh digunakan agar bersesuaian dengan bentuk tekstur muka watak...d^__^b.
Muka bentuk 'muffin'.. :
Mata bentuk muffin ini sesuai dengan semua karakter tidak kira jantina ataupun usia..
Boleh dikatakan ini adalah mata 'universal'.Kebanyakan mangaka yang menggunakan mata ini antaranya adalah Masashi Kishimoto. Cuba lihat mata Naruto dan Sakura ketika masih muda...Tapi bentuk mata ini
mungkin berubah mengikut situasi...contohnya ketika Naruto sedang marah, tak mungkin bentuknya kekal sama..Ooopsss!! Sebeluam terlupa, anak mata di atas tidak sama dengan anak mata Naruto... Anak mata di atas sesuai digunakan untuk watak wanita,terutamanya yang comel-comel....Anak mata juga perlu diberi perhatian ketika melukis untuk menyesuaikannya dengan jantina karakter tersebut. Insyaallah, saya akan buat pula tutorial bagaimana untuk melukis mata dari tepi, anak mata, kening,bentuk mata yang kompleks,bentuk mata ketika perasaan tertentu dan bentuk mata ketika berada di posisi yang tertentu..OK!!???

